Friday 7 December 2012

KISAH AKU,KISAH KAMI..

salam semua..sowi to say yer blog dh bersarang,omg i miss my blog..
so mari pendekkan story..
ada y bertanya tentang kehidupan aku..
siapa dan apa perkerjaan kedua org tuaku..
brapa org adik beradik..
kali nie akan aku kongsikan,sedikit sebanyak kisah hidup aku dan keluarga,serta kehidupan y telah ALLAH berikan kepada aku untuk melihat sejauh mana kesabaran dan ketabahan aku menempuh dugaan darinya,sejauh mana kekuatan dan ketahanan diri aku u berdepan dengan semua masalah yang telah diberikan..jadi..inilah kisah aku,kisah kami..
tanggal 13 nov 2000 abah pergi meninggalkan ibu,aku dan adik lelaki untuk selamanya kerana serangan sakit jantung..
ibu membanting tulang berkerja sebagai tukang masak dengan pendapatan rm 10.00 setiap hari. aku di tingkatan 3 dan adik masih kecil bersekolah rendah. Pulang dari sekolah tugasku menjaga adik,membasuh dan mengemas rumah serta memasak.Pada ketika itu aku menyalahkan takdir kerana kami dibesarkan dalam keadaan y susah dan aku xpernah kenal erti kesenangan..kemudian ibu berkahwin lagi,aku dan adik xdapat terima semua tu.hanya berbekalkan wang pencen arwah abah cuma rm 600.00 ibuku telah berpindah ke rumah bapa tiriku dan berniaga nasi lemak pada sebelah pagi dan kedai makan atap rumbia sebelah petang untuk menampung kehidupan kami semua..bapa tiri aku hanya sekadar menumpang dan menghabiskan wang ibuku,simpanan u dirinya dan ganjaran u dirinya langsung xada..bapa tiri aku berkerja kerajaan tetapi telah diambil tindakan buang kerja oleh jabatan penjara kerana pembolosan...rata2 kawan disekolah bawa bekalan wang tak kurang dari rm 2.00 setiap hari ke sekolah sedangkan aku cm rm 1.00 yang mampu ibu beri..waktu rehat kawan makan makanan enak tapi aku hanya mampu mkn 2 kuih dan segelas sirap..perasaan marah dan benci terhadap bapa tiriku semakin meluap2 membuatkan kami berdua adik beradik berjanji xakan berbaik dengannya..dah tak berkerja tambah menyusahkan ibuku..seterusnya aku diterima melanjutkan pelajaran di ipta,dlm ms itu jg atas desakan ibu aku hadiri temuduga konstabel polis..6 bulan berjemur panas dan hujan akhirnya aku dilantik menjadi konstabel polis dan berkhidmat di ipd taiping..
satu hari,selepas pulang berkerja pd bln puasa,tarikh 19 oct 2006,aku terima panggilan dari pihak hospital beritahu ibu telah pergi meninggalkan kami berdua buat selamanya kerana kemalangan jalanraya..
terasa mcm mimpi,jantung aku seakan terhenti bila mendengar berita itu.adikku juga turut cedera dalam kemalangan.Sehari sebelum kejadian ibu dtg ke tempat kerja dan berbuka puasa bersama2,ibu hadiahkan aku motosikal untuk aku berulang alik ke tempat kerja. tak sangka itulah kali terakhir kami bergurau,bersembang dan kali terakhir aku peluk cium ibu dln keadaan bernyawa,hari tu jg hari terakhir aku dengar gelak tawa ibu..
kenyataan y xmampu aku terima dan xmampu aku hadapi seorang diri,di saat itulah saudara mara memberikan semangat u aku terus bersabar dan tabah menghadapi semuanya..ayah tiriku mula menunjukan belang..habis semua barang kemas ibuku dibawa lari,aku dihasut supaya tidak berbaik dengan saudara mara y lain dan aku dipujuk u menyerahkan semua harta dan wang milik ibuku..terngiang2 kata ibu aku seminggu sebelum ibu pergi supaya menjaga adik jika terjadi apa2 petanda dia akn pergi tinggalkan kami..

mahu atau x dah aku tempuhi,suka atau x aku kena laksanakan juga..ibu tinggalkan adk kpd aku ketika itu baru berumur 13 thn,sekali lagi aku menyalahkan takdir..kenapalah mst aku y terima semua ni di saat2 aku msh belum puas menikmati waktu muda berusia 20 tahun..bebanan y harus aku pikul teramat berat y aku xtahu aku blh atau x melaksanakannya..akibat kemalangan adk aku mengalami kecederaan di tulang pinggul dan xdapat berjalan hampir setahun,setahun juga aku tinggalkan dia di kampung bersama nenek,ibu dan bapa saudaraku..maaf bkn sengaja aku tinggalkan dia tp aku harus meneruskan kerja hakiki..niat aku sebelumnya u sambung belajar dilupakan..kos aku berulang alik ketika itu mengjangkaui gaji aku,nasiblah ibu ada sedikit simpanan dan aku gunakan u perbelanjaan pampers,makanan dan semua keperluan adk..hati aku ketika itu hanya tuhan y tahu.setahun berlalu adk mulai sembuh dan aku mengambil dia tinggal bersama2 aku di taiping....

maka bermulalah tanggungjawab aku membesarkan adk.tahun demi tahun,dalam hati y dulunya ada bebanan kian hilang..suka dan duka,pahit dan manis,susah dan senang kami tempuhi berdua saja,makan atau berlapar juga kami berdua,tanpa bantuan dan bebanan dari org lain..bila aku menerima semuanya dgn hati terbuka,tuhan telah buang semua rasa menyalahkan takdir hilang dgn kuasanya,kehidupan dan tanggungjawab y aku pikul langsung mengubah hati aku..mengubah segala keburukan aku dan kelemahan diri aku..aku xhebat,aku buat dan berikan apa y termampu kepada adk seikhlas mampu..dlm hati kecil adk aku memahami betapa perasaan sedih hinggap di hati dan airmatanya xhenti tiap kali mengenangkan ksh syg,pelukan ibu dan abah..menangis sblm bergembira tiap kali hari raya..dulunya bersalam di pagi raya bersama abah dan ibu,kini tak mungkin lagi suasana itu kami rasai..

nasib kami msh baik punyai ibu dan bapa saudara y ambil berat serta sudi tumpangkan kami di rumah bila kami pulang ke kampung..budi dan jasa mereka xdapat aku nk bls..masakkan makanan kegemaran kami,bg ksh syg dan perhatian pd kami..terima kasih pada semuanya u kami..kini,abah sudah tiada hampir 12 tahun dan ibu hampir 7 tahun, ketiadaan itu masih dirasai.aku masih menangis sendirian,bersedih sendirian dan menyepi sendirian..masalah dan segalanya aku pendam sendirian,takut u berkongsi dgn adk atas alasan aku xmahu pelajaran dan kehidupannya terganggu..di dlm hati sungguh aku mahu melihat adk menjadi org y berguna.

sekejap ms berlalu,Alhamdulillah adk membesar dgn didikan dan asuhan aku tanpa sbrg masalah..skrg dh 19 tahun umurnya,tak sesusah y aku jangka,tanpa pengalaman akulah ibu akulah ayah kepada adk.aku xpernah menyesal membesarkan adk dan aku bersyukur tuhan berikan perilaku dan adab y baik pd adk..bergaduh dan bertegang urat itu biasa,pernah aku memukulnya krn tak mendengar cakap tp aku lakukan krn ingin adk menjadi y terbaik buat dirinya srndiri..

pernah aku dipersoalkan oleh adk kenapa aku selalu mrh dan pernah adk rs aku bencikan dia,itu semua demi kebaikan..tiada sekelumit dlm hati aku benci pd adk tp krn dalamnya ksh syg y tiada tandingnya,biar aku sakit dr adk y sakit..biar aku xmakan asalkan adk mkn,aku semampu mungkin cuba u lenyapkan kesunyian adk..ms adk di asrama dl aku selalu masakkan u adk dan bw ke sekolah ketika melawatnya dan mkn bersama,seperti y arwah ibu selalu buat pd aku dl..

gerak geri dan semua kegemarannya aku tahu,adk xmakan daging tp daging burger mkn..haha pernah aku kenakan dia sampai muntah2 teruk adk..adk suka mkn seafood xpecially sotong,udang dan ketam..kalau kami mkn steamboat dan seafood mst berebut nk mkn byk sbb kami dua2 suka bnda y sama..shoping plak lain kes,mcm budak2 dr dulu sampai skrg semua baju dan kasut ikut pilihan aku dan adk akn beli dgn persetujuan aku..how sweet..dulu kecik skrg bkn main semangat lg bdn pastu ada hati nk lwn ngn aku y slim dan comel,hiksss...aku selalu downkan apa y dia buat dan apa y dia usahakan krn aku nk dia buat y lbh baik dr y sedia ada..

buat adikku MOHAMAD AMIN....
kak terlalu sayangkan adk,kak msh bernafas dan kuat krn adk. kalau dulu ditakdirkan ibu dan adk tinggalkan kak tak mungkin kak masih siuman..dr kak bujang sampai dh kahwin,kak masih kakak y sama,y poyosan dan gilos2 mcm dulu..y sikit mental dan sengal mcm dulu..abg sygkan adk sptmana kak sygkan adk..apa y kak lakukan selama hidup kita berdua krn sygkan adk,krn nk adk jd org y berguna..kak xminta apa2 balasan,cukuplah satu hari nanti bila kak pejamkan mata pergi u selama2nya adk dpt semua kekuatan y kak beri u teruskan hidup dan capai semua impian adk terutamanya nk jd pensyarah y comelsss...
buat abah dan ibu di sana,maafkan anakmu atas semua kesilapan dan dosa2 kami berdua,maafkan yayang seandainya tersalah mendidik dan menjaga adk..buat adk,maafkan kak dari hujung rambut sampai hujung kaki,maafkan kak atas kesilapan dan kekhilafan kak dlm semuanya..tiada y sebaiknya kak lakukan hanya u adk dunia dan akhirat..







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...